Intensif
atau Insentif?
Kadang-kadang kita keliru dengan dua
perkataan ini yang lebih kurang sama ejaan dan sebutan tapi berbeza dari segi
maknanya. Bila orang tanya, baru lah kita terkapai-kapai nak cari makna
perkataan ini. Baiklah, untuk mengetahui makna sebenar perkataan ini, mari kita
merujuk kamus dewan edisi keempat. Menurut kamus ini, intensif membawa maksud
sungguh-sungguh. Ini bermakna, intensif adalah sesuatu perkara yang dilakukan
oleh seseorang dengan secara bersungguh-sungguh. Contohnya dalam melakukan kerja, seseorang
akan sedaya upaya untuk menyiapkan kerja tersebut dengan giatnya.
Manakala
insentif pula bermaksud sesuatu yang berupa kebendaan atau tidak yang diberikan
atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan. Ini bermakna, insentif adalah
sesuatu yang berbentuk penghargaan yang diberikan kepada seseorang atas
kejayaan dalam sesuatu perkara. Pemberian insentif ini amat berguna kerana
dapat mendorong seseorang untuk terus produktif dalam kerjayanya di samping
organisasi dapat mencapai objektif mereka.
Baiklah,
diharapkan dengan perkongsian ilmu ini
dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pelajar yang masih mencari
makna istilah ini. Ha, bagi yang sudah baca coretan ini, jangan salah lagi guna
kedua istilah ini oke. Bahasa melambangkan bangsa. Bila anda hebat dalam bahasa
sendiri, bangsa lain akan memandang tinggi terhadap anda. Jangan mudah kecewa
bila ada orang cakap belajar bahasa itu kuno dan mudah. Mungkin mereka tidak
tahu kelebihan orang seperti anda sebab mereka bukan orang bahasa.
Coretan
oleh Wan Muhamad Yaakob Wan Rahim
thanks... sngt membantu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete