Wednesday, 29 June 2016

Tentang Rezeki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hye semua.. Di kesempatan ini saya ingin menulis sebuah coretan yang rasanya berfaedah untuk semua. Bulan ini merupakan bulan mulia iaitu bulan ramadan. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita meraikan hari raya aidilfitri yang merupakan hari kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa. Topik yang akan saya bincangkan adalah mengenai rezeki. Rezeki ini ada bermacam-macam bentuk contohnya rezeki harta, sihat tubuh dan sebagainya. Rezeki ini kadangkala kita tak dapat nak duga masa bila dia mai dan masa bila dia tak mai. Jadi, bukan bermakna untuk kita berputus asa untuk mencari rezeki Allah. Setiap manusia Allah telah tentukan rezeki masing-masing. Adakalanya Allah memberi rezeki dari segi harta tetapi tidak pula dengan kebahagiaan. Adakalanya Allah memberi rezeki kesihatan tetapi tidak pula dengan kelebihan. Begitu lah sebaliknya. Setiap pemberian rezeki itu pasti ada hikmahnya. Allah tak bagi semua yang kita minta tetapi Allah tahu apa yang kita perlukan. Jadi bersyukurlah setiap pemberian dariNya. Jangan lah pula kita merasa iri hati terhadap rezeki orang lain. Sesungguhnya perasaan iri hati itu akan membawa kebinasaan terhadap diri sendiri. Kalaulah Allah bagi semua yang kita nak dengan sekelip mata. Apa akan terjadi terhadap kita? Pastinya kita akan mudah lupa kepada siapa yang memberi rezeki dan kita juga mudah riak terhadap rezeki kita itu. Rezeki akan mudah diperoleh kalau kita rajin berusaha dan rajin berdoa. Saya sangat terkilan kalau ada insan yang tidak langsung berterima kasih pada ibu bapa mereka yang telah mencari rezeki untuk mereka sejak kecil. Anak-anak kadangkala lupa orang tua tu la yang telah banyak menghabiskan duit untuk mereka. Tetapi bila dah besar, nak belanja mak ayah pun berkira. Tak rugi pun kalau nak belanja ibu bapa atau keluarga, sebab insya-Allah rezeki tu akan bertambah hari demi hari. Sebagai pesanan tambahan, dalam rezeki kita tu, akan ada rezeki orang lain. Begitu juga sebaliknya.

Kata kata indah bergambar dan kata mutiara islam: Rezeki sudah diatur Allah, tugas kita adalah Ikhtiar dan Tawakal

No comments:

Post a Comment