بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ha, bagi adik-adik yang baru nak berkecimpung dalam bidang bahasa ni, harap-harap nukilan ni dapat lah membantu adik-adik serba sedikit. Untuk pengetahuan,
kini Akademi Pengajian Bahasa (Academy of Language Studies) UiTM Shah Alam telah menawarkan tiga program iaitu program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi) Profesional (Kod Kursus: LG241), Bachelor of Applied Language Studies (Hons.) English for Professional Communication (Kod Kursus: LG240), dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Bahasa Arab Komunikasi) Profesional (Kod Kursus: LG242). Ketiga-tiga program ini juga ada menawarkan bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Japanese, dan sebagainya sebagai bahasa ketiga. Sudah sedia maklum bahawa bahasa ketiga merupakan bahasa yang terpenting selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tambahan pula, kita adalah pelajar bahasa dan menjadi satu kelebihan kepada kita jika mengetahui banyak bahasa.
Bagi program bahasa Melayu, pelajar boleh memilih minor in business mahupun minor in pure Malay. Bertuah lah adik-adik sekarang sebab pada zaman saya dulu tiada pemilihan minor pun. Minor yang ditentukan hanya dalam bussiness. Tetapi alhamdulillah, walaupun minor business, saya boleh juga habiskan degree saya ni. Jangan menyangka orang bahasa tak pandai business. Haha.. Satu lagi kelebihan adik-adik iaitu subjek Ekonomi digugurkan daripada program ini. Saya tak pasti pula kalau selain daripada program bahasa Melayu masih mempunyai subjek Ekonomi ini.
Baiklah, sekarang adik-adik mesti nak tahu pejabat Akademi Pengajian Bahasa kan? Oke, tahu tak pintu belakang UiTM dekat dengan seksyen 7 tu? Ala berdekatan dengan Jakel seksyen 7 tu.. Oke kalau tahu bagus. Masuk je pintu belakang tu lepas tu pandang kanan.. Ha, nampak tak bangunan macam Korea Style tu? Itu la pejabat Akademi Pengajian Bahasa. Selalunya temuduga akan berlangsung di situ. Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya memasuki dunia bahasa. Bukan bahasa biasa tetapi bahasa komunikasi profesional. Jadi kena lah profesional dari segi percakapan, perwatakan, dan penampilan diri. Bagi soalan yang sering ditanya oleh panel, selalunya mereka akan tanya serba sedikit tentang program ini, dan sebab memilih program ini. Adik-adik boleh dapatkan info tentang program ni di sini.. http://apb.uitm.edu.my/v1/. Diharapkan dengan perkongsian nukilan ini, adik-adik dapat informasi yang berguna. Akhir kata dari saya, Salam Tahniah dan Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteBoleh tahu macam mana bentuk bentuk temuduga?