Wednesday, 29 June 2016

Tentang Rezeki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hye semua.. Di kesempatan ini saya ingin menulis sebuah coretan yang rasanya berfaedah untuk semua. Bulan ini merupakan bulan mulia iaitu bulan ramadan. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita meraikan hari raya aidilfitri yang merupakan hari kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa. Topik yang akan saya bincangkan adalah mengenai rezeki. Rezeki ini ada bermacam-macam bentuk contohnya rezeki harta, sihat tubuh dan sebagainya. Rezeki ini kadangkala kita tak dapat nak duga masa bila dia mai dan masa bila dia tak mai. Jadi, bukan bermakna untuk kita berputus asa untuk mencari rezeki Allah. Setiap manusia Allah telah tentukan rezeki masing-masing. Adakalanya Allah memberi rezeki dari segi harta tetapi tidak pula dengan kebahagiaan. Adakalanya Allah memberi rezeki kesihatan tetapi tidak pula dengan kelebihan. Begitu lah sebaliknya. Setiap pemberian rezeki itu pasti ada hikmahnya. Allah tak bagi semua yang kita minta tetapi Allah tahu apa yang kita perlukan. Jadi bersyukurlah setiap pemberian dariNya. Jangan lah pula kita merasa iri hati terhadap rezeki orang lain. Sesungguhnya perasaan iri hati itu akan membawa kebinasaan terhadap diri sendiri. Kalaulah Allah bagi semua yang kita nak dengan sekelip mata. Apa akan terjadi terhadap kita? Pastinya kita akan mudah lupa kepada siapa yang memberi rezeki dan kita juga mudah riak terhadap rezeki kita itu. Rezeki akan mudah diperoleh kalau kita rajin berusaha dan rajin berdoa. Saya sangat terkilan kalau ada insan yang tidak langsung berterima kasih pada ibu bapa mereka yang telah mencari rezeki untuk mereka sejak kecil. Anak-anak kadangkala lupa orang tua tu la yang telah banyak menghabiskan duit untuk mereka. Tetapi bila dah besar, nak belanja mak ayah pun berkira. Tak rugi pun kalau nak belanja ibu bapa atau keluarga, sebab insya-Allah rezeki tu akan bertambah hari demi hari. Sebagai pesanan tambahan, dalam rezeki kita tu, akan ada rezeki orang lain. Begitu juga sebaliknya.

Kata kata indah bergambar dan kata mutiara islam: Rezeki sudah diatur Allah, tugas kita adalah Ikhtiar dan Tawakal

Monday, 1 June 2015

OH BAHASAKU!


Intensif atau Insentif?
Kadang-kadang kita keliru dengan dua perkataan ini yang lebih kurang sama ejaan dan sebutan tapi berbeza dari segi maknanya. Bila orang tanya, baru lah kita terkapai-kapai nak cari makna perkataan ini. Baiklah, untuk mengetahui makna sebenar perkataan ini, mari kita merujuk kamus dewan edisi keempat. Menurut kamus ini, intensif membawa maksud sungguh-sungguh. Ini bermakna, intensif adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang dengan secara bersungguh-sungguh.  Contohnya dalam melakukan kerja, seseorang akan sedaya upaya untuk menyiapkan kerja tersebut dengan giatnya.
            Manakala insentif pula bermaksud sesuatu yang berupa kebendaan atau tidak yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan. Ini bermakna, insentif adalah sesuatu yang berbentuk penghargaan yang diberikan kepada seseorang atas kejayaan dalam sesuatu perkara. Pemberian insentif ini amat berguna kerana dapat mendorong seseorang untuk terus produktif dalam kerjayanya di samping organisasi dapat mencapai objektif mereka.
            Baiklah, diharapkan dengan perkongsian  ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pelajar yang masih mencari makna istilah ini. Ha, bagi yang sudah baca coretan ini, jangan salah lagi guna kedua istilah ini oke. Bahasa melambangkan bangsa. Bila anda hebat dalam bahasa sendiri, bangsa lain akan memandang tinggi terhadap anda. Jangan mudah kecewa bila ada orang cakap belajar bahasa itu kuno dan mudah. Mungkin mereka tidak tahu kelebihan orang seperti anda sebab mereka bukan orang bahasa.


Coretan oleh Wan Muhamad Yaakob Wan Rahim

Sunday, 31 May 2015

Akademi Pengajian Bahasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ha, bagi adik-adik yang baru nak berkecimpung dalam bidang bahasa ni, harap-harap nukilan ni dapat lah membantu adik-adik serba sedikit. Untuk pengetahuan, 
kini Akademi Pengajian Bahasa (Academy of Language Studies) UiTM Shah Alam telah menawarkan tiga program iaitu program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi) Profesional (Kod Kursus: LG241), Bachelor of Applied Language Studies (Hons.) English for Professional Communication (Kod Kursus: LG240), dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Bahasa Arab Komunikasi) Profesional (Kod Kursus: LG242). Ketiga-tiga program ini juga ada menawarkan bahasa-bahasa lain seperti Mandarin, Japanese, dan sebagainya sebagai bahasa ketiga. Sudah sedia maklum bahawa bahasa ketiga merupakan bahasa yang terpenting selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tambahan pula, kita adalah pelajar bahasa dan menjadi satu kelebihan kepada kita jika mengetahui banyak bahasa. 
Bagi program bahasa Melayu, pelajar boleh memilih minor in business mahupun minor in pure Malay. Bertuah lah adik-adik sekarang sebab pada zaman saya dulu tiada pemilihan minor pun. Minor yang ditentukan hanya dalam bussiness. Tetapi alhamdulillah, walaupun minor business, saya boleh juga habiskan degree saya ni. Jangan menyangka orang bahasa tak pandai business. Haha.. Satu lagi kelebihan adik-adik iaitu subjek Ekonomi digugurkan daripada program ini. Saya tak pasti pula kalau selain daripada program bahasa Melayu masih mempunyai subjek Ekonomi ini.
Baiklah, sekarang adik-adik mesti nak tahu pejabat Akademi Pengajian Bahasa kan? Oke, tahu tak pintu belakang UiTM dekat dengan seksyen 7 tu? Ala berdekatan dengan Jakel seksyen 7 tu.. Oke kalau tahu bagus. Masuk je pintu belakang tu lepas tu pandang kanan.. Ha, nampak tak bangunan macam Korea Style tu? Itu la pejabat Akademi Pengajian Bahasa. Selalunya temuduga akan berlangsung di situ. Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya memasuki dunia bahasa. Bukan bahasa biasa tetapi bahasa komunikasi profesional. Jadi kena lah profesional dari segi percakapan, perwatakan, dan penampilan diri. Bagi soalan yang sering ditanya oleh panel, selalunya mereka akan tanya serba sedikit tentang program ini, dan sebab memilih program ini. Adik-adik boleh dapatkan info tentang program ni di sini.. http://apb.uitm.edu.my/v1/. Diharapkan dengan perkongsian nukilan ini, adik-adik dapat informasi yang berguna. Akhir kata dari saya, Salam Tahniah dan Assalamualaikum.

Friday, 25 October 2013

SOSIOLINGUISTIK MELAYU- PERBANDINGAN ANTARA DIALEK PERAK DENGAN DIALEK NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum semua..
Hari ni saya nak berkongsi sikit pasal dialek ni..Sudah sedia maklum bahawa dalam negara kita ni terdapat pelbagai negeri. Oleh yang demikian, akan timbullah variasi dialek mengikut negeri-negeri tertentu..Walau bagaimanapun, di sini saya hanya berkongsi mengenai perbandingan antara dialek Perak dengan dialek Negeri Sembilan..Ini sekadar kongsian. Jika mahu maklumat yang lebih terperinci, rujuklah guru atau pensyarah anda..^^

Definisi Dialek

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, dialek adalah satu bentuk bahasa yg di­gunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat sesuatu daerah atau negeri atau kawasan tertentu. Contoh dialek ialah dialek Kedah, Perak Negeri Sembilan, dan lain-lain.

1)   Dialek Negeri Sembilan
Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan  negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera.

2)    Dialek Perak
Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan). Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:

Ejaan Standard, Johor-Riau, Perak Selatan dan Perak Tengah
1.    Saya – Sayě – Sayěě – Saye
2.    Apa – Apě – Apěě – Ape
3.    Berapa – Berapě – Berapěě – Berape
Nota : Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’.
Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti di bawah :
Ejaan Standard, Perak Selatan & Perak Tengah
1.    Kamu – Koměě – Kome
2.    Kota – Kotěě – Kote 

Perbandingan antara Dialek Perak dan Dialek Negeri Sembilan dengan Bahasa Melayu Standard

DIALEK PERAK

DIALEK NEGERI SEMBILAN

BAHASA PERAK
BAHASA MELAYU STANDARD
BAHASA N. SEMBILAN
BAHASA MELAYU STANDARD
Kabor
Khabar
Apo
Apa
Awok
Saya / aku
Bondo
Benda
Khobo
Kerbau
Den
Saya / Aku
Ate
? (Pemula bicara)
Do
Lah
Kome
Kamu / awak
Koba
Beritahu
Blajo
Belajar
Sapo
Siapa
Cer cite
Cuba cerita
Kobau
Kerbau
Nyor
Kelapa
Jumpo
Jumpa
Balun
Ambil / pukul
Cito-cito
Cita-cita
Beransur
Minta diri
Nior
Kelapa

Contoh dialog :

Azzam : Assalamualaikum. Wan, apa khabar?
Wan     : Eh, Azzam. Waalaikummussalam. Kabor baik. Ni sape Zam?
Azzam : Ni Aril, kawan saya dari Uitm Shah Alam.
Wan     : Hai Aril, name awok Wan.
Aril       : Awok? Po bondo tu Zam? Den tak faham tu do.
Azzam : Awok tu bermaksud saya atau aku. Perkataan “awok” ni digunakan oleh penutur
              Perak.
Aril       : Ooo. Baru den tahu. Lain kali koba awal-awal.
Wan     : Ha? Koba? Ape bende tu?
Azzam : Ok. Koba tu bermaksud beritahu. Perkataan ini digunakan oleh orang negeri 
               Sembilan.
Wan     : Haha. Awok ingat koba tu khobo. Malu awok. (senyum malu sambil tunduk). Ate,
               kome belajo kat mane?
Aril       : Kome? Innalillah. Sapo yang “excident” Zam?
Azzam : Ha? “Excident”?
Aril       : Yo la, sampai koma tu, langgar kobau ko?
Azzam : Hahaha. (ketawa macam nak pecah perut). Aril, Kome tu bukannya koma. Tetapi
              “kome” tu membawa maksud awak atau kamu. Perkataan ini memang nak dekat 
               sama bunyinya dengan perkataan “koma”. Wan, Aril sekarang belajar dekat Uitm
               Alam. Sama bidang dengan saya. Satu kelas pula tu.
Wan    : Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya kome dah ade teman kat sane. Ate, cer
              mane kome boleh sambung blajo kat situ? Cer cite-cer cite.
Aril      : (Tiba-tiba menyampuk). Kalau nak tahu cito-cito den. Sebenarnya, den nak jadi
              angkasawan. Tapi, Sheikh Muzaffar dah jadi. Haha.
 Azzam : (Senyum sinis). Apa pula kau merepek ni Aril? Wan suruh cerita bukan tanya cita-
               cita. Apa la. Buat malu je. Hahaha. Ha, Wan, saya boleh sambung belajar dekat
               situ sebab keputusan STPM saya boleh la dikatakan memuaskan. Lagi pun, Uitm
               ni bagus la sebab nak bantu orang Melayu.(Tiba-tiba telefon Wan berbunyi)
Wan      : Eh, awok lupe. Awok nak cepat ni. Mak awok pesan beli nyor. Santan dah habis.
               Elok lah kome berdua balik sini, malam karang ade buat tahlil sikit. Jemputlah
               datang. Ajak keluarga kome sekali. Ok lah, awok beransur dulu yer. Jangan lupe
               datang karang. Assalamualaikum.
Azzam & Aril : Waalaikummussalam.  


Sebenarnya, banyak lagi dialek yang boleh dikaji. Setiap dialek mempunyai ciri-ciri tertentu yang menyebabkan dialek itu menarik. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu pelajar dan menarik minat pelajar untuk mengkaji bidang dialek ini.

Sekian.. ^^